Wednesday, 4 January 2012

No-More-One

Selamat tinggal 2011. Apa yang ada dalam 2011? Semestinya angka satu dan sembilan. 19 tahun. Selamat tinggal kepada angka satu. selamat tinggal untuk selamanya dan selepas ni angka satu hanya pada digit ke-dua. Sedih ke? Haha.

Aku sebenarnya tak lah sedih mana. Teruja pun ada sebab nak masuk 20. Nampak aku dah besar sikit lah. Aku masih teringat lagi yang masa aku jumpa dengan Sis Eyqa yang dia ada cakap bila dah masuk umur 20 tahun, dia dah fikir nak habis study, kerja dan kahwin. Means that hoo-haa-hoo-haa dah tak ada. Faham tak Syira? Dah tak ada okay!

Selamat tinggal juga memori-memori yang manis, yang pahit, yang masam, yang segala yang ada. 

Entry ni pukul 320am, 4h January 2012.

Pukul 4pm aku gerak balik ke kolej semula. 

Nak sedih ke nak gembira? Aku pun tak tahu. Perasaan bercampur-campur. Rasa marah pasal tu tak habis lagi lepas dapat jawapan yang agak kasar atau lebih teruk lagi macam kurang diajar sikit. So, rasa malas tu sangat membuak-buak. Gembira? Okay, gembira sebab nak jumpa kawan. Result? Just wait and see.



I miss you babes.

Agaknya berapa lama pula next entry? Berserah pada takdir saja.

0 comments:

Post a Comment